My photo
** pelangi pasti ada selepas terhentinya hujan! **
Daisypath Happy Birthday tickers

June 14, 2012

** indahnya berukhuwah **


السلام عليكم ورحمة الله 

tiga peringkat ukhuwah.
[ saya pun baru tau!wajib2 kena g gali lagi ilmu2 lain lepas ni! ]

1) sentiasa berlapang dada.

* every single thing yg kwn2 kita buat(selagi tak lari dr guideline Islam),sila2 menerimanya dengan hati yg ikhlas,minda yg terbuka.jgn pertikaikan.masing2 ade pndpt masing2,masing2 ade hujah dan sebab masing2.hormat pndangan org lain.amik mana yg baik,campak jauh2,tanam dalam2 mana2 yg tak elok!yg paling penting,sentiasa husnudzon[bersangka baik] pd kwn2 kita.jgn mudah tuding jari,jgn mudah jd su'udzon[bersangka buruk].sekiranya mereka tersalah,sila tegur dgn cara yg paling berhemah ye kwn2. ;)

2)sayang rkn2 sprtimana sygkan diri sendiri.[sama rata]

* apa yg saya faham,maknanya kalau betul ukhuwah kita dah smpi stage yg second ni,apa shj yg kita ade,kita akan kongsi dgn shbt kita.kalau boleh,apa shj yg kita miliki,akan kita pastikan beliau juga memilikinya.


--> pada zaman sahabat dahulu,ade kisah di mana seorang lelaki menawarkan salah seorang isterinya kepada sahabatnya yg belum berkahwin.hebatnya tawaran tersebut,bukan beliau yang menentukan siapa yg akan di ceraikan & seterusnya akan berkahwin dgn sahabtnya itu,namun,beliau memberi ruang dan peluang untuk si sahabat memilih sendiri sama ada isteri yg pertama,kedua dan seterusnya.

~ hal ini sama konteksnya dgn isu poligami.memetik kata2 seseorg,ada dlm kalangan sahabat beliau yg belum berkahwin,pernah berkata bahawa beliau sanggup untuk dimadukan.namun,secara praktikalnya,anda rasa,mampukah si dia melaksanakan hal poligami tersebut sepertimana yg pernah diungkapkannya???Alhamdulillah andai kata beliau masih berpegang kuat dgn prinsip tersebut,ttpi setelah melalui pahit manis hidup 'rumah yang ada tangga' tersebut,anda rasa bagaimana??secara realitinya sahabat2,mengikut logik akal pemikiran umat Islam sekarang,kalian rasa masih wujud dalam kalangan kita yang sanggup melakukan seperti ini??fikir2kan,renung2kan.

3)sayang sahabat melebihi sayang diri sendiri.[ithar]
* stage yg ini yang paling terbaeekk..sbgi contoh,kita sdg dlm keadaan lapar,yg tggal hanyalah sekeping roti.namun,ade juga shbt kita yg kelaparan,jadi,atas dasar ithar(mengutamakan org lain),kita bagi roti tu pd dia.biar kita lapar,asal shbt kita tidak.

---> nak cth lain??ni yg paling famous kot.kisah pd zaman sahabat juga,di mana ada tiga org yang tercedera dlm sebuah peperangan & kesemua mereka dalam keadaan kehausan air.ketika shbt yg pertama diberikan air,dia terdengar shbt disebelahnya juga merintih memerlukan air.maka,diarah supaya diberikan air tersebut kpd shbtnya itu.apabila disua kan air kpd shbt yg kedua,beliau mendengar shbt yg ketiga juga kehausan dan dgn arahan yg sama,di minta didahulukan shbt yg ketiga.apabila smpi kpd shbt yg ketiga,shbt tersebut telah meninggal dunia tnpa smpt meminum air tersebut.maka air tersebut ingin diberikan kpd shbt yg kedua semula,namun dgn izin Allah,shbt itu tidak lagi bernyawa.dan apabila pergi semula kpd shbt yg pertama,shbt itu juga telah tiada.maka,syahidlah ketiga-tiga mereka.

~ bayangkan shbt2,dlm keadaan diri yg juga memerlukan,namun lebih memberi kepentingan kepada yang lebih2 memerlukan.mendahulukan org lain dlm semua hal.

:: tepuk dada,tanya iman,sampai tahap@peringkat@stage mana ukhuwah kita??ayuh sama2 lakukan anjakan paradigma dlm diri masing2.cuba capai stage yg ke-3. ::





** terpukul dan terpanggil untuk berkongsi apa yang diperoleh semasa rehlah ~untuk kita2 aje!~ menusuk terus kedalam jiwa sanubari apa yg diketengahkan,terutamanya ttg ukhuwah persahabatan,ikatan kasih sayang kita bersama **


p/s : ini khas untuk aku,dia,kamu & mereka. ^___^


No comments:

Post a Comment