My photo
** pelangi pasti ada selepas terhentinya hujan! **

April 16, 2014

. Kau tetap di hati .

.P.E.R.M.A.N.I.S.

8 huruf ni, macam bayang-bayang saya sepanjang tiga tahun keberadaan di Ukm. 

dari jadi Ajk program hingga jadi salah seorang penggerak organisasi selama dua tahun berturut-turut.

kalau nak ukur pengalaman berpersatuan ini, dulu saya mula dari skala 0, sekarang mungkin dah boleh capai skala 7 atau 8. masih ada lagi pengalaman yang saya belum peroleh dengan mereka.

dari junior, naik jadi senior, sampai last sekali jadi super duper senior.

banyak benda yang saya belajar dari persatuan ni. deal dengan VIP, settle soal pengangkutan, handle post jamuan, belajar tulis laporan, belajar buat paper work, survey sekolah untuk program, manage kewangan program, jadi fasilitator program motivasi, jadi kakak pada adik-adik sekolah rendah + sekolah menengah, selalu kena petik jadi MC dan paling best, merasa jadi usher yang berdiri berjam-jam gara-gara tuan perasmi berucap berjela-jela gaya macam esok sudah tiada., haha. 

oh, mungkin jua ada lagi pengalaman lain yang saya dapat, tapi lupa untuk di catat, yang di sebut ini, mungkin sebahagian yang diperoleh secara langsung. yang diperoleh secara tidak langsung juga pasti ada. ^^

bukan semua yang kita rencanakan akan menjadi seperti yang kita mahu. pernah jua kami jatuh terduduk bila mana segalanya menyimpang dari apa yang di rancang. namun, bersama mereka ini juga saya belajar, jangan mudah berputus asa. semua permasalahan, pasti ada jalan keluarnya. semua perkara yang kita tak pernah buat, cuba cabar diri untuk melakukannya. jika bukan sekarang kita mencuba, bila lagi?

saya juga punya satu alasan kukuh yang buat saya masih terus kuat dalam persatuan ini, kerana satu pertanyaan yang pernah diajukan kepada saya oleh seseorang. " apa yang mira dapat bila mira join Permanis? "

pada saya, saya bukan join Permanis ini suka-suka. mungkin pada mulanya, ianya kerana ajakan senior dan kenalan. namun, bila muhasabah diri semula, ada satu sebab kenapa Allah pilih saya untuk terus berada dalam persatuan ini. jawapannya mudah sahaja, Allah mahu saya jadi da'ie secara tidak langsung. 

ya, saya mungkin tidak sertai rakan-rakan lain membuat street dakwah, tak join program-program yang menggunakan perkataan dakwah sebagai nama, tapi, saya nampak, ada cara lain untuk menjadikan sesuatu itu sebagai dakwah.

mungkin, dari cara kita berpakaian, cara kita berkata-kata, cara kita melaksanakan tugas dan amanah, mungkin jua dari cara kita mengurus emosi. ia boleh jadi apa sahaja. lagi pula, dakwah itu, kalau bukan bil lisan, ia juga bisa dakwah bil hal. :) selama tiga tahun keterlibatan saya, saya punya satu kepuasan untuk perkara ini. hasilnya saya pasti sudah ada. mungkin bukan dari saya secara langsung, tetapi sedikit sebanyak saya percaya, persatuan ini memberi impak kepada kami yang menganggotainya. moga Allah redha dengan usaha kami ini. 
------------------------------
terima kasih untuk semuanya selama tiga tahun ini. mohon maaf salah silap kepada semua yang pernah terlibat dalam program bersama-sama. semua ilmu dan pengalaman yang telah berjaya di timba selama ini pasti mampu untuk diaplikasikan kelak. 

moga masih punya kesempatan untuk mencurah bakti dan budi kepada anda lagi encik Permanis. moga terus maju jaya. selamat mencipta kenangan indah junior! :)

p/s : soalan apa saya dapat bila join Permanis tu, untuk jawapan tidak rasminya, saya bisa ungkap saya dapat keluarga bila saya join Permanis. Permanis ini umpama keluarga kedua saya. saya percaya, memori itu pasti akan sentiasa terukir di hati! heessshhh,,mana datang habuk pulak ni, tiba-tiba rasa pedih mata. T_T

yang benar, 
Mantan NYDP II
Permanis Sesi 2012/2013
Permanis Sesi 2013/2014




October 4, 2013

kawan bukan lawan


bicara soal kawan, takkan pernah ada penghujungnya.

seolah tiada titik noktahnya.

kerana apa?

" sekali kita jadi kawan, selamanya kita akan tetap berkawan".

tapi bila kau pura-pura tak kenal dengan aku, 
kau berlakon seolah aku bukan kawan kau.

rasa tu makin kuat.
luka tu makin dalam.
persoalan tu makin banyak.

aku salah?
kenapa tak tegur?
kenapa tak betulkan?
kenapa kau cuma berpaling tanpa kata?

kau pernah rasa tak,
kau tak buat salah apa-apa,
tiba-tiba orang lain salahkan kau.
pandang kau macam penjenayah besar.
sedangkan kau tak buat apa-apa salah pun.
pernah rasa?

macam tu lah aku rasa sekarang.
rasa sakit tu,
macam kena tikam.
pedih.