:: sesungguhnya sukar untuk memperoleh kisah percintaan sehebat Saidina Ali dan Saidatina Fatimah.cinta yang disimpan didalam hati.namun,kuasa Allah mereka saling memendam cinta sehingga satu masa yang ditetapkan mereka dinikahkan hanya dengan mahar sepasang baju besi milik Ali. ::
:: cinta tak pernah meminta untuk menanti.ia mengambil kesempatan atau mempersilakan.ia adalah keberanian atau pengorbanan. ::
:: pesan pada diri,jangan tersalah memberi hati,pada insan yang tak sudi,pada insan yang tak mengerti,kerana sekali kau memberi,selamanya dia di hati..kerana sekali kau dilukai,smpai mati tetap kau ingati!! pesan lagi pada diri,hati-hati lah dalam memberi hati,sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai,betapa tingginya nilai sekeping hati.. ::
:: bergantung penuh lah pada Allah dan jangan cintakan sesuatu lebih dari cinta anda pada Allah, insyaAllah anda akan jadi orang paling gembira, bukan saja didunia, malah diakhirat yang sampai bila bila.tinggalkan dunia,ia mendatangkan keluh kesah dan kesedihan. ::
:: Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata itu. Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiakanlah mereka. Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia. Sesungguhnya bahagia itu bukan "benda" yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin "diberikan" akan bertambah terangnya. Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam... tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya. ::
:: Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir. ::
:: Love is verb – cinta itu tindakan. Kata penyair bila sudah cinta, ingin dipintal awan-gemawan untuk dijadikan kerosang di dada pujaan hati, ingin dijadikan rembulan untuk menjadi lentera teman beradunya, mentari sebagai sinar dalam duka dan nistanya.. ::
:: Hargailah sesuatu selagi ia masih di depan mata. Begitu selalu pesan cerdikiawan dan pujangga. Malangnya, kita selalu lepas pandang. Sesuatu yang 'terlalu' dekat, kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas. ::
* bercinta lepas kahwin tu lebih INDAH makanya,,lebih baik dicari dari mencari.jadinya,kalau mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah.kalau inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan yang biasa. *
. .wO ai Ni. .i lOvE yOu. .aKu ciNtA pAdaMu. .nAaN unNai kAtHalikaRaEn. .sAraNghAeyO. .aiShitErU. .akO mAhaL kiTa. .aNa uHibBukUm. .tE quEirO. .ti amO. .
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


No comments:
Post a Comment