My photo
** pelangi pasti ada selepas terhentinya hujan! **
Daisypath Happy Birthday tickers

July 28, 2010

rindu kekasih....



aku merenung di dada langit
menatap malam cerah disinar bulan
walaupun tanpa dipagari bintang berjuta
namun cahayamu menyimbah ke wajahku..

aku termangu sendiri
meratap rindu kepada kekasih
betapa mampu kubisikkan rasa
ratapan rindu di bawah sinar rembulan..

bilakah kita bertemu kembali
saling mencurah rindu terpendam
mengungkap kata mengatur bahasa
menyalur rasa penuh beradab..

alangkah bahagia tika kita
bersama sujud di sepertiga malam
mengadu cinta kepada yang Satu
meluah harapan membina cita2..

credit 2 dear yayah 3..

No comments:

Post a Comment